Pengguna Galaxy Note Di Malaysia Boleh Mengemaskini Ke Jelly Bean Melalui Samsung Kies

Pengguna Galaxy Note Di Malaysia Boleh Mengemaskini Ke Jelly Bean Melalui Samsung Kies

Diterbitkan pada Mac 30, 2013 oleh .

Galaxy Note - Jelly BeanBagi para pengguna peranti Samsung Galaxy Note generasi pertama (GT-N700), kini anda sudah boleh mengemaskini peranti anda ke sistem operasi Android 4.1.2 Jelly Bean, dan menikmati beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Daripada apa yang diketahui, kemaskini ini telah pun ditawarkan sejak awal minggu lepas, dan memerlukan pengguna memuat-turunnya melalui Samsung Kies.

Antara fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengan kemaskini ini adalah termasuk sokongan Multi-View, aplikasi Gallery yang baru, beberapa widget baru, sokongan Google Now dan beberapa yang lain.

Walaubagaimanapun, beberapa pengguna awal mengatakan mereka menghadapi masalah lengah masa ketika awal menggunakannya, tetapi dapat mengatasi dengan membuat Factory Reset.


TIPS & ULASAN