Sony Bakal Hadir Dengan Telefon Xperia Cyber-Shot Pada Tahun Ini?

Sony Bakal Hadir Dengan Telefon Xperia Cyber-Shot Pada Tahun Ini?

Diterbitkan pada Mac 30, 2013 oleh .

Dengan kebanyakkan peranti mudah-alih yang menawarkan sokongan serupa antara satu sama lain, kamera telah menjadi salah satu perkara yang diambil-berat sebelum membeli sesuatu peranti. Mengikut ura-ura terbaru, ia dikatakan Sony kelak akan hadir dengan telefon pintar Cyber-shot, dan memfokuskan pada teknologi kamera melaluinya kelak.

Seperti semua sedia maklum, Nokia sedia menawarkan Lumia 920 dengan teknologi yang dinamakan PureView, manakala HTC pula menawarkan HTC One dengan teknologi UltraPixel.

Sony sedia mengintegrasikan beberapa teknologi fotografi pada peranti sedia ada, dan dengan telefon pintar Cyber-shot kelak, ia dikatakan akan menyertakan sensor yang lebih besar, dan bakal menjadi antara kamera terbaik pada peranti mudah-alih.

Selain daripada itu, Sony juga turut dikatakan akan menawarkan satu lagi peranti berasingan yang menyertakan teknologi Walkman, dan memfokuskan kepada pengemar muzik dan untuk mereka yang inginkan kualiti audio yang menarik.

Kedua-dua peranti ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dan dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun 2013 ini.


TIPS & ULASAN