Cari @ Amanz

Apple iRadioNampaknya, dibawah Tim Cook, pada tahun ini Apple mempunyai pelbagai perancangan dan produk untuk diperkenalkan. Selain daripada ura-ura berkaitan iPhone Mini, alat-kawalan permainan, jam tangan pintar dan sebagainya, kini turut dikatakan Apple bakal memperkenalkan perkhidmatan penstriman dikenali sebagai “iRadio”.

Perkhidmatan ini dikatakan sepatutnya diperkenalkan pada awal tahun ini, tetapi ditangguhkan disebabkan beberapa perkara. Buat masa ini, Apple dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan pihak Universal dan juga Warner.

Buat masa ini, antara perkhidmatan yang menawarkan sokongan penstriman adalah termasuk Spotify, Pandora dan juga Last.fm. Ia tidak diketahui lagi sama ada “iRadio” ini kelak akan membawakan perubahan besar ataupun sebaliknya.

Namun, semestinya salah satu soalan yang sering tertanya-tanya oleh pengguna tempatan adalah sama ada ia akan menyokong pengguna tempatan ataupun hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd