Carian
Bagaimana Mengikuti Notifikasi Desktop Chrome Dari Facebook, Twitter, Dan Yang Lain?
March 31, 2013 Aman

Dengan pelayar web Chrome, salah satu perkara yang turut disertakan adalah sokongan notifikasi. Beberapa laman web sedia menyokongnya, dan dalam usaha untuk memudahkan pengguna, salah satu extension untuk Chrome yang berguna adalah The Notifications for Everything.

Notifikasi Chrome

Menggunakan The Notifications for Everything ini, ia membolehkan pengguna menetapkan akaun-akaun yang digemari mereka, terutamanya Twitter dan juga Facebook.

Sebaik sahaja selesai memasangnya, pengguna akan diminta untuk menghubungkan akaun sosial mereka pada ia, dan kemudian boleh memilih tetapan, sama ada ingin melihat semua kemaskini, ataupun hanya yang terpilih sahaja.

Buat masa ini, perkhidmatan ini menawarkan sokongan untuk empat perkhidmatan popular, iaitu Facebook, Twitter, LinkedIn, dan juga YouTube.

Sekiranya anda menggunakan pelayar web Chrome sebagai pelayar web utama, mungkin anda boleh mencuba The Notifications for Everything ini hari ini.

Notifikasi Chrome

Komen