[AprilFool] YouTube Tidak Lagi Akan Menerima Muat-Naik Baru

[AprilFool] YouTube Tidak Lagi Akan Menerima Muat-Naik Baru

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

Setiap tahun, Google sentiasa hadir dengan pelbagai lawak April Fool yang menarik, dan untuk tahun ini, mereka memulakannya dengan laman YouTube, dimana melalui sebuah video khas, mereka mengatakan YouTube tidak lagi akan menerima muat-naik baru pada perkhidmatan mereka.

Daripada kisah yang diceritakan oleh YouTube, setelah lapan tahun, terdapat pelbagai jenis video pada laman mereka, dan kini lebih daripada 30,000 pekerja mereka sedang bertugas dalam memilih video yang terbaik pada perkhidmatan mereka.

Mereka akan membuat pencarian untuk video terbaik pada laman mereka, dan bakal mengumumkannya dalma tempoh 10 tahun lagi. Dan apabila laman YouTube dilancarkan kembali pada tahun 2023, ia hanya akan memaparkan satu-satunya video yang terpilih itu.

Untuk menjayakan perkara ini, ia kelihatan pihak YouTube mengubah paparan saluran YouTube mereka, dan memaparkan pelbagai video yang tersenarai pendek mengikut tahun sejak YouTube dilancarkan.


TIPS & ULASAN