[AprilFool] Google Maps Dengan Mod Harta Karun

[AprilFool] Google Maps Dengan Mod Harta Karun

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

Jikalau pada tahun lepas Google hadir dengan mod peta dalam bentuk 8-bit, untuk tahun ini pula, pasukan pemetaan Google hadir dengan mod harta karun, membolehkan pengguna mengakses dan melihat peta sepertimana peta harta karun.

Google Maps - Harta Karun

Daripada percubaan kami, tiada sebarang mod berbentuk permainan yang disertakan, dan hanya sekadar paparan biasa. Google Maps juga kelihatan mengubah pelbagai ikon untuk selari dengan rekabentuk peta mereka, termasuk ikon banggunan, seperti KLCC dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh mengakses halaman Google Maps, dan mengaktifkan mod “Harta Karun” melalui pilihan menu pada bahagian kanan.


TIPS & ULASAN