Cari @ Amanz

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia hari ini memperlihatkan aplikasi E-UNDI di platform  Android, BB10, Windows Phone 8 dan Symbian. Aplikasi ini membolehkan warga Malaysia yang sudah berdaftar untuk membuang undi menggunakan telefon pintar milik mereka di PRU 13 akan datang. Ini bermakna Malaysia ialah negara pertama di cakerawala yang membenarkan rakyatnya mengundi di atas talian.  Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  berkata aplikasi ini dihasilkan kerana SPR menyedari proses mengundi harus berkembang mengikuti masa. Proses mengundi tradisional membuang masa pengundi dan tidak mesra pengguna.

UNDI-E-UNDI-SPR

“Ramai yang mengutuk SPR sebagai organisasi yang jumud. Kami tidak bersetuju dengan pandangan orang ramai dan dengan pelancaran aplikasi E-UNDI hari ini kami berharap orang ramai akan menyedari SPR adalah moden, mapan dan kewl. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini di peranti pintar anda dan mengimbas MyKad anda menggunakan teknologi NFC. Anda sekarang boleh mengundi menggunakan peranti pintar anda tanpa perlu ke pusat membuang undi”

Apabila disoal  pihak Amanz.My mengapa aplikasi E-UNDI ini tidak pada platform IOS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata;

“Peranti IOS tidak memenuhi spesifikasi kami sebagai platform yang selamat untuk digunakan untuk mengundi. Sebagai contoh iPhone 5 terkini mereka langsung tidak mempunyai kemampuan NFC.  Apple masih berdegil menggunakan teknologi pra-2010 dan oleh itu peranti mereka tidak mampu mengesan MyKad untuk melakukan pengesahan atas talian. Saya sarankan pengguna IOS membeli Nokia 920. Ianya lebih pintar dari iPhone pada pandangan kami. Ada NFC!”

Selain memudahkan proses membuang undi bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung, E-UNDI juga membenarkan pengundi berkongsi undian mereka di laman mendia sosial popular Instagram , Facebook, Twitter dan Foursquare. Aplikasi E-UNDI boleh dimuat turun sekarang secara percuma di Google Play, Blackberry App World, Windows Marketplace dan Ovi Store.

-techtroll :) –

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd