Cari @ Amanz

Selain daripada dua jenaka sebelum ini, kini Google turut hadir dengan yang ketiga, dimana melaluinya, Google mengatakan mereka ingin membawakan sokongan dan kebolehan untuk pengguna membuat carian berasaskan bau melalui enjin carian Google.

Google Nose

Dipanggil sebagai Google Nose (Beta), ia dikatakan melalui kenderaan Street Sense, jutaan bau telah diindex pada Google, membolehkan pengguna menggunakan teknologi dalam mengetahui bagaimanakah sesuatu perkara itu berbau, ataupun menggunakan peranti anda untuk mengenal-pasti sesuatu perkara berkaitan bau.

Untuk menjayakan perkara ini, pihak Google turut sama menyediakan hasil carian untuk beberapa kata kunci yang mana kini memaparkan butang “Smell” pada ia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd