[AprilFool] GMail Blue – Perkhidmatan Emel Google Dalam Warna Biru

[AprilFool] GMail Blue – Perkhidmatan Emel Google Dalam Warna Biru

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

GMail boleh dikatakan adalah salah satu perkhidmatan popular daripada Google, dimana ia digunakan dengan meluas oleh ramai pengguna diseluruh dunia. Bagaimana pula sekiranya Google memperkenalkan perkhidmatan tersebut sepenuhnya dalam warna biru?

Bersempena dengan 1 April, satu lagi jenaka daripada pihak Google hari ini adalah berkaitan dengan GMail, dimana mereka mengumumkan GMail Blue.

Warna biru dikatakan membawakan ketenangan, dan merupakan warna alam semula jadi. Dengan GMail dalam pilihan warna biru sepenuhnya, Google mengatakan ia lebih cantik untuk dilihat, disamping pada masa yang sama memudahkan dan beroperasi dengan lebih pantas berbanding biasa.

Walauapa pun, mungkin kita akan dapat melihat GMail Blue ini dalam bentuk tema pada GMail sekiranya ia menerima reaksi positif daripada pengguna. Tetapi, adakah anda akan berminat untuk menggunakan GMail dalam warna biru sepenuhnya?


TIPS & ULASAN