Edunation Ingin Memudahkan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Melalui Video

Edunation Ingin Memudahkan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Melalui Video

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

Dengan dunia internet yang terus berkembang dengan pesat, ia boleh dikatakan ramai pelajar yang menghabiskan masa yang lama pada pelayar web untuk mencari pelbagai perkara berkaitan pembelajaran subjek di sekolah dan sebagainya. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu laman dan perkhidmatan daripada pembangun tempatan adalah Edunation.

Edunation merupakan salah satu laman yang mana mengumpulkan video-video daripada Khan Academy, dan menyusunnya mengikut silibus di Malaysia, disamping mereka turut sama hadir dengan beberapa video sendiri untuk membantu para pelajar tempatan.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma, dan telah beroperasi sejak daripada bulan Julai yang lepas. Kini, laman tersebut diberikan nafas baru, dengan ditambah dengan beberapa fungsi sosial, membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain, disamping turut menyediakan pelbagai soalan dan memudahkan pelajar mengikut perkembangan mereka melaluinya.

Buat masa ini, perkhidmatan Edunation ditawarkan dalam bahasa Inggeris, dan pembangunnya mengatakan ia turut akan ditambah dengan sokongan bahasa Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN