Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa lawak April Fool daripada Google, salah satu fungsi baru yang ditambah oleh mereka pada laman Google+ kini adalah sokongan menambah emoticon pada gambar, berdasarkan kepada wajah seseorang pada gambar tersebut.

Daripada penggunaan kami, setiap emoticon itu dijana secara automatik, dan pengguna tidak boleh mengubahnya. Kemudiannya gambar tersebut disimpan pada halaman Google+. Seperti biasa, pengguna boleh mengubahnya kembali kepada gambar asal dengan mudah.

Untuk mereka yang ingin mencubanya, pengguna hanya perlu membuka gambar melalui lightbox, dan seterusnya klik pada ikon emoticon pada bahagian atas.

Kami tidak pasti sama ada fungsi ini akan dikekalkan selamanya, ataupun hanya salah satu penambahan bersempena April Fool hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd