Samsung Galaxy S4 Mini Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Ini?

Samsung Galaxy S4 Mini Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Ini?

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

Sejak beberapa bulan lepas, Galaxy S4 Mini telah diperkatakan, dengan beberapa gambar peranti berkenaan yang hadir ke web akhir-akhir ini. Terkini, mengikut ura-ura terbaru. Samsung dikatakan berkemungkinan akan memperkenalkan peranti Galaxy S4 Mini seawal minggu ini.

Samsung Galaxy S4

Dari segi rekabentuk, Galaxy S4 Mini dikatakan akan menyerupai Galaxy S4, tetapi bersaiz lebih kecil. S4 Mini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD, kamera belakang 8-megapixel, dan dikatakan akan dijana menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean.

Galaxy S4 Mini dikatakan akan hanya dijual pada bulan Mei atau Jun kelak, berkemungkinan kerana pihak Samsung ingin mengawal jualan Galaxy S4 terlebih dahulu.

Jadi, mungkinkah Samsung akan mengumumkannya pada minggu ini?


TIPS & ULASAN