TM : Gangguan Internet Melayari Laman Di Eropah – Kabel SMW4 Menghadapi Masalah

TM : Gangguan Internet Melayari Laman Di Eropah – Kabel SMW4 Menghadapi Masalah

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

Hari ini, Telekom Malaysia mengumumkan dimana mereka mendapati kabel SMW4 (South East Asia – Middle East – Western Europe 4) menghadapi masalah, dan kini mereka sedang dalam usaha untuk membaiki ia. Kerja-kerja pembaik-pulihan dijangka akan selesai sepenuhnya pada pertengahan April 2013 ini.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh TM, mereka mengatakan langkah-langkah pro-aktif telah pun diambil dalam usaha mengurangkan masalah pada rangkaian tersebut.

Sementara menantikan masalah ini diatasi, pengguna yang melayari laman-laman yang dihoskan di Eropah mungkin menghadapi masalah seperti masa pelayaran yang lambat dan sebagainya.


TIPS & ULASAN