Saintis Jepun Memperlihatkan Skrin Yang Boleh Mengeluarkan Bau

Saintis Jepun Memperlihatkan Skrin Yang Boleh Mengeluarkan Bau

Diterbitkan pada Apr 1, 2013 oleh .

Sementara Google hadir dengan lawak jenaka April Fool berkaitan Google Nose, di Jepun pula berbeza, dimana, sekumpulan saintis daripada Jepun memperlihatkan skrin yang boleh mengeluarkan bau.

Jepun Skrin Hidu

Daripada apa yang didemonstrasikan, bau maya ini dikeluarkan melalui pellet gel yang diletakkan pada penjuru skrin, dan turut dilengkapi dengan kipas khas untuknya, membolehkan ia mengeluarkan bau dan menujukannya untuk sesuatu arah dengan mudah.

Buat masa ini, ia hanya had untuk satu bau sahaja, dan ia dikatakan seterusnya mereka berharap agar dapat hadir dengan sebuah catridge yang membolehkan bau diubah dengan mudah mengikut apa yang dipaparkan pada skrin.

Potensi untuknya juga agak luas, dimana boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan di pasar-raya dan sebagainya, membolehkan pengguna melihat sesebuah grafik atau video, dan pada masa yang sama hidu bau yang dihasilkan olehnya. Amat sesuai untuk pengiklanan yang memfokuskan kepada makanan, minyak wangi dan beberapa yang lain.

Ia boleh dikatakan perkara ini masih lagi pada peringkat awal pembangunan. Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari, mungkin kita akan melihatnya dalam masa beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN