Cari @ Amanz

Facebook HomeFacebook telah pun mula menghantar jemputan media sejak minggu lepas untuk memperlihatkan sesuatu berkaitan Android. Tetapi, dengan masa beberapa hari lagi sebelum ia diperkenalkan, kini beberapa info awal berkaitan dengannya tertiris ke arena web.

Daripada apa yang diketahui, kelak Facebook bakal memperkenalkan sebuah launcher khas untuk Android, dimana akan menyertakan pelbagai sokongan Facebook pada ia. HTC dilaporkan akan menjadi syarikat pengeluar peranti yang mengeluarkan peranti bersama-sama dengan launcher berkenaan.

Selain itu, Facebook juga dikatakan berkemungkinan akan melancarkan launcer berkenaan di Google Play Store, membolehkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya.

Facebook dijangka akan memperkenalkan ia secara rasmi pada awal pagi Jumaat kelak, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh syarikat gergasi sosial berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd