Cari @ Amanz

Terdapat puluhan laman jual-beli yang memfokuskan pasaran Malaysia pada hari ini, dan terkini salah satu yang pada peringkat awal pengenalan adalah Fewlist. Fewlist membawakan fokus kumpulan berbeza, dimana ia memfokuskan kepada pelajar dan pengguna didalam sesuatu kampus dan institusi pembelajaran.

Seperti kebanyakkan laman web jual-beli, ia turut menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma, membolehkan pengguna mendaftarkan diri, dan mula menjualnnya melalui laman tersebut.

Sebagai permulaan, pembangunnya hanya memperkenalkan perkhidmatan mereka untuk tiga buah universiti sahaja, iaitu Universiti Malaya, UITM Shah Alam, dan juga MMU Cyberjaya.

Daripada carian kami, masih tiada sebarang barang yang diiklankan pada laman web tersebut buat masa ini, mungkin disebabkan oleh kekurangan pemasaran dan mungkin juga kerana masih pada peringkat awal pengenalan. Perkara ini membuatkan kami tidak mengetahui bagaimanakah bentuk iklan yang akan dipaparkan pada laman berkenaan.

Walaubagaimanapun, kami menyukai konsep laman tersebut, dan bagi mereka yang di kampus berkenaan, mungkin boleh mula menjual barangan anda sama ada baru atau terpakai melalui laman Fewlist.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd