Mailbird – Klien Emel Pada Windows Dengan Antaramuka Yang Ringkas

Mailbird – Klien Emel Pada Windows Dengan Antaramuka Yang Ringkas

Diterbitkan pada Apr 2, 2013 oleh .

Terdapat beberapa klien emel untuk pengguna Windows, dan terkini dalam bentuk beta adalah Mailbird. Mailbird membawakan rekaan yang minimalis dan menarik, disamping pada masa yang sama menyertakan pelbagai fungsi dan ciri-ciri menarik pada ia.

Mailbird

Mailbird ditawarkan secara percuma, selain turut didatangkan dengan pilihan Mailbird Pro (dengan beberapa fungsi tambahan). Memandangkan ia masih pada peringkat beta, Mailbird hanya sekadar menyokong akaun GMail dan Google Apps sahaja, dengan sokongan akaun IMAP, Pop3 dan beberapa yang lain dijangka akan disertakan tidak lama lagi.

Sebaik sahaja anda mula menggunakannya, ia akan mula memuat-turun semua emel dari akaun anda, dan memudahkan untuk anda menguruskannya melalui desktop. Proses memuat-turun ini agak pantas jikalau dibandingkan dengan beberapa klien emel yang lain. Namun, kekurangannya adalah dimana ia mengalami sedikit lengah masa ketika proses memuat-turun emel dilakukan. Tetapi, kami tidak menghadapi masalah penggunaannya setelah ia selesai memuat-turun semua emel.

Mailbird

Selain daripada hanya emel, pengguna juga turut disertakan dengan beberapa aplikasi tambahan, membolehkan mereka menambah dan menguruskannya melalui aplikasi Mailbird. Namun, pengalaman menggunakannya tidak sebaik menggunakan perkhidmatan emel melaluinya.

Apa pun, bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakan Mailbird ini pada Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan juga Windows 8.

Muat-Turun Mailbird untuk Windows


TIPS & ULASAN