Selepas beberapa drama sebelum ini, hari ini, Nokia Malaysia secara rasminya mengumumkan dimana kemaskini Windows Phone (Portico) telah pun sedia untuk dimuat-turun secara OTA oleh para pengguna Lumia 920 bermula hari ini.
Kemaskini ini dikatakan akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna tempatan, bergantung kepada syarikat telekomunikasi masing-masing.
Selain untuk Lumia 920, pengguna peranti Lumia 820 dan juga Lumia 620 juga akan mula menerima kemaskini Portico ini, tetapi bermula hanya 4 April kelak.