Pos Malaysia Bakal Memperkenalkan “Peti Mel Digital” Pada Awal Tahun Hadapan

Pos Malaysia Bakal Memperkenalkan “Peti Mel Digital” Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Apr 2, 2013 oleh .

Pos Malaysia pada hari ini telah menjadi salah satu destinasi utama untuk orang ramai membayar bil dan sebagainya. Menariknya, kini Pos Malaysia berkongsi perancangan mereka, mengatakan mereka akan hadir dengan perkhidmatan digital pada awal tahun hadapan.

Melalui perkhidmatan tersebut kelak, Pos Malaysia mengatakan ia akan menjadi salah satu pusat sehenti untuk para pengguna membuat pembayaran pelbagai bil perkhidmatan dan menawarkan beberapa perkhidmatan yang lain. Apakah ciri-ciri dan fungsi tambahan yang akan dibawakan pada perkhidmatan “peti mel digital” ini kelak masih tidak diketahui sepenuhnya. Ia juga tidak diketahui bagaimanakah perkhidmatan ini akan berbeza dengan Pos Online yang telah tersedia pada hari ini.

Perkara ini dikatakan sebagai salah satu pelan transformasi daripada pihak Pos Malaysia untuk perkhidmatan dan produk mereka.

Buat masa ini, MyEg menjadi salah satu pusat sehenti pilihan ramai untuk tujuan pembayaran dan sebagainya. Mungkin dengan pengenalan perkhidmatan baru ini daripada Pos Malaysia, ia akan dapat bersaing dengan lebih sihat dalam arena tersebut, sekaligus menguntungkan para pengguna seluruh Malaysia.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Pos Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN