Samsung sedia berjaya dengan keluarga peranti Galaxy S dan juga Galaxy Note. Kini, selain daripada beberapa peranti dibawah keluarga Galaxy, Samsung turut sama dikatakan akan hadir dengan peranti dibawah jenama Galaxy Mega.
Samsung Galaxy Mega ini dikatakan sebagai nama untuk apa yang dikenali sebagai “Fonblets” sebelum ini. Daripada namanya sebelum ini, kita dapat lihat yang mana ia membawakan gabungan telefon pintar dan juga tablet, sekaligus menandakan kepada penggunaan saiz skrin yang besar.
Samsung dikatakan akan hadir dengan peranti Galaxy Mega dalam dua versi, iaitu Galaxy Mega 5.8 dan juga Galaxy Mega 6.3, dimana kedua-dua angkanya menandakan saiz skrin pada ia.
Mungkin perbezaan yang dibawakan adalah dimana Galaxy Note disertakan dengan sokongan S-Pen, tetapi Galaxy Mega tidak disertakan bersama-sama dengannya.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan Galaxy Mega?