Cari @ Amanz

Ramai yang takut akan mencuba sistem operasi Ubuntu, memandangkan ingin mengekalkan pemasangan Windows, dan kerana sebab-sebab lain. Untuk memudahkan perkara tersebut, Ubuntu didatangkan dengan sokongan Wubi, khas untuk pengguna Windows. Namun, ia kelihatan kini sokongan tersebut tidak lagi akan disertakan pada versi baru.

Wubi sebelum ini membolehkan pengguna dengan mudah memasang Ubuntu, dan menggunakannya pada komputer tanpa perlu bimbang berkenaan sebarang perkara. Ia juga membolehkan pengguna membuang Ubuntu melalui menu Add/Remove Program pada Windows.

Namun, pada Ubuntu 13.04 ia kelihatan berkemungkinan Canonical tidak akan menyertakan sokongan Wubi, disebabkan beberapa permasalahan, termasuk ia tidak dapat berjalan dengan lancar pada Windows 8. Perkara ini menjadikan ia tidak begitu stabil untuk disertakan bersama.

Buat masa ini, tiada sebarang keputusan yang telah dilakukan oleh pihak pembangun. Namun, berkemungkinan besar, Wubi tidak akan disertakan pada Ubuntu 13.04.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd