Cari @ Amanz

Windows Blue telah pun tertiris ke arena web sejak daripada awal minggu lepas, dan sejak daripada itu, pelbagai perkara mengenainya telah kedengaran dan diperlihatkan. Dan hari ini, ia dikatakan Windows Blue kelak mungkin akan dikenali sebagai Windows 8.1 ketika versi akhirnya.

Buat masa ini, daripada Windows Blue sedia menggunakan angka versi Windows 8.1, sekaligus mengukuhkan lagi perkara ini.

Namun, satu perkara yang masih tidak pasti adalah berkaitan dengan bilakah ia akan diperkenalkan, dan adakah ia akan diperkenalkan secara percuma seumpama “Service Pack” untuk para pengguna Windows 8 dan Windows RT sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd