Cari @ Amanz

Desas-desus berkaitan Samsung Galaxy Tab 3 telah dikatakan sejak beberapa bulan lepas, dan kini sebuah gambar baru hadir, dikatakan sebagai Galaxy Tab 3 Plus. Daripada apa yang kelihatan, ia menyerupai rekabentuk peranti Samsung sebelum ini, termasuk Galaxy Note 8.0 yang dilancarkan baru-baru ini.

Samsung Galaxy Tab 3

Seperti semua sedia maklum, rekabentuk Galaxy S3 telah menjadi rekabentuk ikonik untuk Samsung pada pelbagai peranti keluarga Galaxy mereka sejak setahun yang lepas.

Daripada apa yang dikatakan, Galaxy Tab 3 Plus ini akan menyertakan cip pemprosesan Exynos 5410 Octa, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 9000mAh, skrin berszi 10-inci dengan paparan 2560×1600 pixel, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan sokongan IR BLaster.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura awal sahaja, dan masih tidak diketahui adakah ia akan kelihatan seperti ini dan membawakan spesifikasi yang dinyatakan.

Apa pun, dengan pelbagai info berkaitan Galaxy Tab 3 yang kedengaran sejak beberapa minggu lepas, mungkin Samsung akan memperkenalkannya tidak lama lagi kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd