Cari @ Amanz

Dengan jadual pembangunan pantas yang digunakan sejak tahun lepas, hari ini Mozilla secara rasminya memperkenalkan Firefox 20 kepada semua pengguna, sekaligus menyertakan beberapa penambah-baikkan berbanding versi sebelumnya.

Firefox 20

Daripada fungsi baru, ia menyertakan sokongan untuk Private Browsing melalui tetingkap berasingan tanpa menganggu pelayaran sedia ada, selain turut menyertakan bentuk muat-turun baru yang diintegrasikan dengan lebih baik. Pada masa yang sama, Mozilla juga kini menambah sokongan untuk mematikan sesuatu plugin sekiranya ia menghadapi masalah untuk tempoh melangkaui 45 saat.

Walaubagaimanapun, sokongan bahasa Malaysia yang dinantikan masih belum diperkenalkan pada Firefox 20 buat masa ini.

Apa pun, bagi mereka yang sedia menggunakan pelayar web Firefox, boleh mengemaskini pemasangan anda, sementara bagi yang ingin menggunakannya, boleh memuat-turun ia secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd