Cari @ Amanz

Mungkinkah aplikasi ini membuatkan Instagram melancarkan aplikasi rasmi dengan lebih pantas?Aplikasi Instagram untuk Windows Phone adalah salah satu aplikasi yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Walaupun ia masih tidak diperkenalkan buat masa ini, namun ia tidak menghentikan pembangun lain hadir dengan pelbagai aplikasi alternatif dengan fungsi seumpamanya.

Namun, kesemua aplikasi di Windows Phone Marketplace masih tidak menawarkan sokongan penerbitan ke Instagram sehingga ke hari ini. Perkara ini yang cuba diatasi oleh Venetasoft melalui aplikasi Instagraph mereka.

Instagraph

Aplikasi Instagraph buat masa ini hanya menawarkan sokongan memuat-naik gambar ke Instagram sahaja, dan tiada sokongan pelayaran gambar dan sebagainya yang disediakan. Untuk menjayakan perkara ini, memandangkan pihak Instagram tidak membuka API mereka kepada umum, pembangun Instagraph ini menggunakan sebuah pelayan khas, dimana ia dimuat-naik melalui pelayan mereka ke Instagram. Aplikasi ini turut menggunakan sokongan daripada Aviary untuk menambah efek dan sebagainya.

Selain itu, dari segi kekurangan pula, sokongan mendaftar akaun tidak disediakan, dimana memerlukan pengguna mendaftarkannya terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan ia. Pengguna juga tidak boleh melihat gambar rakan-rakan dan meninggalkan komen dan sebagainya. Perkara ini sekaligus mengurangkan konsep komuniti yang dibawa oleh Instagram.

Walaupun ia tidak berfungsi sepenuhnya, namun mungkin akan dapat mengatasi masalah untuk mereka yang ingin menerbitkan gambar ke akaun Instagram melalui peranti Windows Phone mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan berjaya diterbitkan di Windows Phone Store ataupun sebaliknya. Mungkin kita akan mendengar berita daripada pembangunnya dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd