Apple Bakal Memulakan Pengeluaran iPhone Genarasi Baru Pada Suku Kedua Ini

Apple Bakal Memulakan Pengeluaran iPhone Genarasi Baru Pada Suku Kedua Ini

Diterbitkan pada Apr 3, 2013 oleh .

Pada suku pertama tahun ini, pelbagai ura-ura berkaitan dengan iPhone generasi akan datang telah kedengaran, dan kini WSJ melaporkan yang mana Apple akan memulakan pengeluaran untuk telefon pintar mereka yang seterusnya itu pada suku kedua ini.

Tiada sebarang tarikh spesifik yang dinyatakan, tetapi daripada apa yang dikongsikan, Apple dilaporkan akan memulakan pengeluaran iPhone generasi baru dengan skrin dan rekabentuk yang lebih kurang sama.

Pada masa yang sama, turut dikatakan adalah dimana Apple sedang terus bekerjasama dengan rakan-rakan mereka yang lain dalam usaha membangunkan iPhone yang berharga lebih murah dan mungkin dilancarkan seawal pertengahan kedua tahun ini.

Mengikut apa yang diperkatakan sebelum ini, Apple dijangka akan memperkenalkan “iPhone 5S” seawal bulan Jun. Dan dengan pengeluaran yang dikatakan akan dimulakan pada suku kedua ini, mungkin lebih banyak info berkaitan dengan iPhone baru ini akan mula kedengaran dan tertiris ke arena web.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN