Alcatel One Touch Glory 2SSetelah lebih tiga bulan Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan oleh SKMM, kini DiGi hadir dengan tawaran yang agak menarik, dimana mereka kini menawarkan telefon pintar Alcatel One Touch Glory 2S secara percuma melalui rebat Pakej Komunikasi Belia dibawah mereka.

Peranti ini boleh dikatakan membawakan spesifikasi yang agak rendah berbanding kebanyakkan peranti pada hari ini. One Touch Glory 2S ini membawakan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan 1GHz Cortex-A9, dan kamera belakang 2.0-megapixel. Peranti ini dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread, dimana boleh dikatakan agak menyedihkan untuk tahun 2013 ini.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkannya, pengguna masih perlu melanggan kepada DG Prepaid Smart Plan (SKMM), dimana memerlukan pengguna membayar RM50 untuknya.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui lagi sepenuhnya berkenaan dengan prestasi peranti ini apabila dikendalikan untuk kegunaan harian. Tetapi, dengan pengenalan pihak DiGi yang menawarkan peranti percuma melalui Pakej Komunikasi Belia, mungkin kita akan dapat melihat persaingan sihat daripada pengeluar-pengeluar lain tidak lama lagi.

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan promosi ini? Adakah anda akan memilihnya ataupun sebaliknya?

TIPS & ULASAN