Facebook bakal mengumumkan launcher mereka untuk Android pada awal pagi Jumaat, dimana dikatakan akan menawarkan pengalaman penggunaan Facebook yang lebih menyeluruh. Salah satu peranti terawal yang dikatakan akan didatangkan dengan sokongan terbina adalah peranti daripada HTC, dan kini gambar awal peranti tersebut telah pun tertiris ke arena web.
Daripada apa yang dikatakan buat masa ini, peranti yang dinamakan HTC First ini dijangka akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Qualcomm Snapdragon dan dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang.
Buat masa ini, bagaimanakah antaramuka yang diubah oleh Facebook ini kelihatan kelak masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Facebook pada awal pagi 5 April ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Facebook Home ini.