Aplikasi Camera 360 Hadir Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada Apr 3, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Camera 360 boleh dikatakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih, dan kini ia turut sama dilancarkan untuk para pengguna Windows Phone 8, dan sedia untuk dimuat-turun daripada Windows Phone Store hari ini.

Camera 360

Seperti kebanyakkan aplikasi berkaitan pengambaran dan pengimejan, Camera 360 membawakan beberapa pilihan efek, fungsi menyunting gambar, serta beberapa frame dalam menjadikan gambar yang dirakamkan lebih menarik.

Bagi mereka yang sering menggunakan peranti mereka dalam merakamkan gambar dan berkongsi ke arena sosial, mungkin boleh mendapatkan aplikasi Camera 360 ini secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami