Android Jelly Bean Kini Digunakan Oleh 25% Peranti Android Seluruh Dunia

Android Jelly Bean Kini Digunakan Oleh 25% Peranti Android Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Apr 3, 2013 oleh .

Seperti setiap bulan, hari ini pihak Google telah pun mengemaskini halaman statistik penggunaan Android seluruh dunia, sekaligus memperlihatkan angka versi yang digunakan ramai pada hari ini. Seperti biasa, Android 2.3 Gingerbread masih digunakan oleh majoriti pengguna seluruh dunia.

Pada bulan ini, Google kelihatan telah mengubah algoritma bagaimana angka ini dikira, dimana jikalau sebelum ini ia berdasarkan kepada peranti yang daftar masuk ke pelayan Google, bermula April 2013, Google mengambil data berdasarkan kepada peranti yang mengakses Google Play Store. Dengan ini, dikatakan ia memudahkan Google mengetahui peranti yang aktif digunakan, serta memaparkan data yang lebih tepat.

Penggunaan Android - April 2013

Daripada data yang dikongsikan, Gingerbread meliputi hampir 40% daripada peranti Android, manakala Ice Cream Sandwich meliputi hampir 30% dan Jelly Bean pula merangkumi 25%. Angka peranti Jelly Bean dan juga Ice Cream Sandwich kelihatan terus meningkat dari hari ke hari, manakala Gingerbread kelihatan terus menurun dari bulan ke bulan.

Selain daripada versi Android yang terdapat hari ini, Google juga dijangka akan memperkenalkan versi baru pada Google I/O bulan Mei 2013 ini.


TIPS & ULASAN