Nexus 7 sejak dilancarkan pada tahun lepas, telah menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengguna seluruh dunia, dan kini dilaporkan Google dan Asus bakal hadir dengan Nexus 7 generasi baru sekitar bulan Julai kelak.
Daripada apa yang diketahui buat masa ini, tablet generasi baru ini dikatakan akan membawakan skrin dengan resolusi tinggi, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm. Dari segi sistem operasi, kita boleh melihat ia menggunakan sistem operasi terkini daripada Google pada tablet ini kelak.
Tablet dengan saiz sekitar 7 ke 8-inci tampak seperti menjadi perhatian pengeluar peranti seluruh dunia untuk tahun ini, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak tablet dengan saiz seumpamanya hadir sepanjang tahun ini.