Kebanyakkan perkhidmatan emel, seperti daripada Google dan juga Microsoft sedia mengintegrasikan sokongan storan awan pada perkhidmatan emel mereka, dan kini, Yahoo! mula secara rasminya mengumumkan integrasi sokongan Dropbox pada Yahoo! Mail.
Melalui integrasi ini, ia membolehkan pengguna Yahoo! Mail berkongsi fail daripada akaun Dropbox mereka terus ke emel. Selain itu, pengguna juga turut sama boleh menambah fail ke Dropbox melalui akaun Yahoo! Mail, sekaligus membolehkan pengguna untuk berkongsi fail yang lebih besar daripada 25MB melalui emel.
Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Yahoo! Mail bermula hari ini, dan sebagai permulaan, ia akan diperkenalkan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan Yahoo! Mail dalam bahasa Inggeris.