Viber Untuk Windows Phone Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara

Viber Untuk Windows Phone Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara

Diterbitkan pada Apr 3, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan VoIP yang tersedia hari ini, dan salah satu yang popular adalah Viber. Setelah menawarkan sokongan panggilan suara percuma untuk pengguna Android dan juga iOS, hari ini pihak Viber turut sama mengemaskini aplikasi untuk Windows Phone dengan sokongan panggilan suara melaluinya.

Viber - Windows Phone

Selain sokongan panggilan suara dalam bentuk HD, Viber juga turut sama menambah sokongan perkongsian gambar dan sembang secara berkumpulan sehingga 40 orang pada sesuatu masa.

Bagi para pengguna Windows Phone yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Viber, dan mula membuat panggilan antara rakan-rakan anda yang lain. Dan sekiranya anda mempunyai aplikasi VoIP yang digemari, jangan lupa berkongsi dengan kami.

Muat-Turun Viber untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN