Tiny Apps Membolehkan Pengguna Android Menggunakan Aplikasi Ringkas Pada Tetingkap Kecil

Tiny Apps Membolehkan Pengguna Android Menggunakan Aplikasi Ringkas Pada Tetingkap Kecil

Diterbitkan pada Apr 3, 2013 oleh .

Kebanyakkan pengeluar peranti Android, kini sering hadir dengan fungsi tambahan, membolehkan pengguna menggunakan aplikasi ringkas dalam bentuk popup, sekaligus membolehkan ia dijalankan pada masa yang sama dengan aplikasi lain.

Tiny Lite

Namun, peranti anda tidak membawakan sokongan tersebut, dan anda masih ingin menggunakannya, salah satu aplikasi berguna untuk pengguna peranti Android adalah Tiny Apps.

Tiny Apps ditawarkan dalam dua variasi, iaitu versi percuma dan juga berbayar. Melaluinya, ia membawakan beberapa aplikasi khas, dimana antaranya adalah termasuk pengambilan nota, galeri, kalkulator, muzik player, dan juga perakam audio.

Tiny Lite

Walaubagaimanapun, mungkin sekiranya anda menggunakan telefon pintar dengan skrin kecil, aplikasi ini tidak begitu sesuai untuk digunakan. Tetapi, sekiranya anda menggunakan tablet yang membawakan saiz skrin besar, dan gemar melakukan beberapa tugasan pada masa yang sama, mungkin boleh mencubanya hari ini.

Muat-Turun Tiny Apps untuk Android


TIPS & ULASAN