Mozilla Dan Samsung Bekerjasama Membangunkan Enjin Pelayar Web “Servo”

Mozilla Dan Samsung Bekerjasama Membangunkan Enjin Pelayar Web “Servo”

Diterbitkan pada Apr 4, 2013 oleh .

MozillaSamsung boleh dikatakan salah satu nama besar dalam dunia gajet hari ini, dan kini Mozilla bersama-sama Samsung mengumumkan kerjasama, dalam usaha untuk membangunkan pelayar web yang dioptimasikan untuk perkakasan elektronik hari ini.

Inisiatif yang dikenali dengan nama “Servo” ini dikatakan akan direkabentuk untuk Android dan turut dioptimasikan untuk ARM. Dari segi bahasa pengaturcaraan disebaliknya, ia bakal menggunakan Mozilla Rust. Pelayar web ini dikatakan akan memfokuskan kepada sekuriti dan juga prestasi melaluinya.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan pelayar web baru ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Mungkin kelak tidak lama lagi kita akan ketahui lebih lanjut berkaitan usahasama kedua-dua gergasi arena teknologi ini.

Bagi pembangun yang berminat untuk menyumbang dalam projek ini, anda boleh melihat kod pembangunan untuk Rust dan Servo di GitHub hari ini.


TIPS & ULASAN