Cari @ Amanz

Perancangan Facebook untuk memperkenalkan tema atau launcher untuk Android telah dikatakan sejak minggu lepas. Selepas gambar peranti yang dikenali sebagai “HTC First” tertiris ke arena web semalam, kini beberapa paparan baru hadir memperlihatkan beberapa gambaran awal untuk “Facebook Home” ini kelak.

Facebook Android Home

Daripada apa yang diperlihatkan, selain membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan Facebook dengan mudah, ia tidak membawakan perubahan yang drastik dari segi antaramuka dan fungsi.

Malah, ia turut diperlihatkan yang mana ciri-ciri perkongsian ke laman-laman dan perkhidmatan lain, seperti pada Android sedia ada masih kekal, tetapi pada masa yang sama memudahkan pengguna mengemaskini status mereka, dan mengikuti perkembangan rakan-rakan lain dengan lebih mudah melaluinya.

Facebook dijangka membuat pengumuman berkaitan perkara ini pada awal pagi esok, dimana pada masa yang sama, peranti yang dikenali “HTC First” itu turut dijangka akan diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd