Cari @ Amanz

Hari ini, genap setahun sejak pihak Instagram melancarkan aplikasi Android mereka, sekaligus membawakan aplikasi mereka yang eksklusif untuk iOS sekian lama untuk digunakan sama oleh para pengguna Android.

Kini, sejak ia dilancarkan, angka pengguna berdaftar Instagram terus meningkat, dimana kini dikatakan terdapat lebih 100 juta pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Menariknya, hampir separuh daripada pengguna Instagram pada hari in menggunakan aplikasi tersebut pada platform Android dalam berkongsi gambar rakaman mereka bersama-sama yang lain.

Buat masa ini, boleh dikatakan dimana ramai pengguna platform lain, terutamanya Windows Phone dan juga BlackBerry 10 yang menantikan aplikasi tersebut pada platform mereka. Namun, masih tiada sebarang berita berkenaan dengannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd