Google Bakal Menggantikan Enjin Pelayar Web Chrome Dari WebKit Kepada “Blink”

Google Bakal Menggantikan Enjin Pelayar Web Chrome Dari WebKit Kepada “Blink”

Diterbitkan pada Apr 4, 2013 oleh .

ChromiumEnjin WebKit boleh dikatakan merupakan salah satu enjin pelayar web popular yang digunakan oleh beberapa pembangun pelayar web, termasuk salah satunya adalah Google untuk Chrome. Namun, ia bakal berubah tidak lama lagi, apabila kini Google mengumumkan mereka akan beralih kepada enjin Blink yang dibangunkan oleh mereka.

Seperti WebKit, Google turut sama akan membangunkan Blink dalam bentuk sumber terbuka, tetapi Google hanya akan membenarkan pembangun terpilih sahaja dalam menyumbang untuknya.

Bagi pengguna Chrome dan Chromium biasa, mungkin anda tidak akan merasai sebarang perubahan drastik pada pelayar web berkenaan, disebabkan ia hanya lebih kepada enjin pelayar web tersebut, dan tidak memberikan kesan yang drastik pada antaramuka dan sebagainya.

Layari : Halaman Blink / Chromium


TIPS & ULASAN