Cari @ Amanz

BlackBerry 10 telah diperkenalkan pada awal tahun ini yang mana membawakan cara mengendalikan peranti serba baru, dimana menggunakan sokongan gesture sepenuhnya. Fungsi seumpamanya boleh dikatakan antara yang baru, dan mungkin anda ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum membeli peranti BlackBerry 10.

BlackBerry 10 Glimpse

Untuk memudahkan pengguna mencuba terlebih dahulu, kini pihak BlackBerry 10 menyediakan kebolehan untuk sesiapa sahaja mencubanya menggunakan peranti mereka melalui demo berasaskan pelayar web – BlackBerry 10 Glimpse.

Daripada apa yang ditawarkan oleh Glimpse ini, ia hanya menyediakan demo ringkas untuk antaramuka dan cara penggunaan beberapa fungsi popular pada peranti tersebut. Walaupun ia tidak memberikan akses kepada semua fungsi, tetapi dengan demo berasaskan pelayar web ini, ia memberikan idea awal bagaimanakah BlackBerry 10 beroperasi sebelum seseorang membeli peranti tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri dengan melayari halaman BlackBerry 10 Glimpse hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd