Cari @ Amanz

45% tidak berinteraksi – lebih kepada mendengarPihak Twitter sebelum ini telah mengatakan terdapat 200 juta pengguna aktif yang menggunakan perkhidmatan mereka, dan di Startup Asia hari ini, pihak Twitter berkongsi mengatakan lebih kurang 25% pengguna mereka adalah dari Asia.

Twitter - StartupAsia

Bercakap mengenai antara negara yang menggunakan Twitter dengan meluas adalah termasuk Jepun, Filipina dan juga Indonesia. Dari cara penggunaan, pihak Twitter mengatakan yang mana di Asia dan juga di pelbagai benua lain, cara penggunaannya adalah lebih kurang sama, dimana digunakan untuk berkomunikasi antara organisasi dan pengguna, selebriti dan pengguna, termasuk antara pemimpin dengan pengguna.

Baru-baru ini juga pihak Twitter turut sama telah mula mengembangkan pasukan pemasaran mereka ke rantau ini, dimana telah bekerjasama dengan beberapa syarikat tempatan, sekaligus membolehkan lebih banyak syarikat tempatan mula beriklan di Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd