Cari @ Amanz

Twitter kini boleh dikatakan salah satu laman sosial yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia, dan mempunyai lebih 200 juta pengguna seluruh dunia. Bercakap mengenai angka Tweet yang dihantar melalui perkhidmatan mereka, pihak Twitter mengatakan lebih 1 bilion dihantar dalam tempoh lebih kurang dua setengah hari.

Twitter - StartupAsia

Pada mulanya, Twitter mengambil masa lebih 3 tahun untuk mencapai angka 1 bilion Tweet, dan kini dengan popularitinya yang semakin popular, angka tersebut dicapai dalam masa kurang 3 hari.

Dengan penggunaan Twitter yang semakin meluas dari hari ke hari, ia tidak mustahil untuk tempoh masa yang lebih singkat dicapai untuk menghantar 1 bilion Tweet.

Jadi, bagi anda, berapakah Tweet yang dihantar oleh anda dalam tempoh sehari?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd