Rakuten Ingin Terus Mengukuhkan Kedudukan Di Malaysia

Rakuten Ingin Terus Mengukuhkan Kedudukan Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 4, 2013 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna yang gemar membeli-belah secara atas-talian, mungkin sedia mengenali perkhidmatan Rakuten. Hari ini, Rakuten di Startup Asia berkongsi mengatakan mereka akan terus melabur dalam arena e-dagang dan terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dan beberapa negara yang lain.

Rakuten - StartupAsia

Rakuten selain hanya menawarkan laman jual-beli yang telah dilancarkan sejak daripada tahun lepas di Malaysia, dan baru-baru ini mereka turut sama mula menawarkan perkhidmatan Rakuten Travel untuk pengguna tempatan.

Bercakap mengenai e-dagang, pihak Rakuten mengatakan untuk tahun ini mereka menyediakan dana sebanyak sehingga $10 juta, dalam usaha untuk memperluaskan dan mengukuhkan kedudukan mereka, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Taiwan.

Pihak Rakuten juga berkongsi mengatakan mereka akan hadir dengan beberapa perkhidmatan lain, tetapi pada masa yang sama memfokuskan kepada e-dagang di rantau ini.


TIPS & ULASAN