Cari @ Amanz

Semakin luas digunakan di Indonesia dan VietnamTerdapat beberapa perkhidmatan permesejan dari Asia yang mana semakin popular di rantau Asia Tenggara akhir-akhir ini, seperti Line, WeChat dan sebagainya. Kini, salah satu aplikasi permesejan yang turut sama mula memfokuskan ke pasaran Asia Tenggara adalah Kakao.

Kakao merupakan salah satu aplikasi permesejan, dimana ia dikatakan sebagai aplikasi permesejan pertama yang mengintegrasikan sokongan permainan, sticker dan beberapa yang lain pada ia. Menariknya, Kako juga turut sama menerima pelaburan daripada pihak TenCent, yang mana merupakan pelabur disebalik WeChat.

Kakao - StartupAsia

Lebih 80 juta pengguna dalam tempoh 3 tahunMenurut Kakao, mereka tidak bersaing secara terus dengan pihak WeChat, memandangkan mereka tidak memfokuskan pasaran China, tetapi untuk pasaran Asia Tenggara, mereka sama-sama bersaing untuk mendapatkan angka pengguna yang ramai.

Buat masa ini, perkhidmatan permainan hanya ditawarkan untuk pengguna Jepun, dan ia dijangka akan diperluaskan ke pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd