Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan perkhidmatan permesejan, dan salah satu yang telah dilancarkan baru-baru ini di Malaysia adalah WeChat. Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatkan WeChat kini mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia buat masa ini.

WeChat Malaysia

WeChat menawarkan perkhidmatan permesejan selain turut membolehkan pengguna berkomunikasi melalui audio, dan beberapa penambahan yang lain pada ia. Dengan lebih 8 juta pengguna dilaporkan menggunakan perkhidmatan mereka, ia menjadikan WeChat mempunyai kadar penembusan pasaran sehingga 50% pada hari ini.

WeChat juga telah mula memasarkan produk mereka melalui pengiklanan di televisyen dan pelbagai media, sekaligus mengatakan mereka mensasarkan kadar penembusan sehingga 75% menjelang bulan Jun 2013 kelak.

Selain itu, pihak WeChat juga mengatakan mereka merancang untuk membuka pejabat di Malaysia yang akan memfokuskan kepada pemasaran dan juga operasi perniagaan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd