OokBee Bakal Mula Menawarkan AudioBook Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 4, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

4 syarikat dikatakan berminat untuk mengambil-alih Ookbee.Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan sokongan buku digital di Malaysia, dimana salah satunya adalah Ookbee. Kini, bercakap di Startup Asia, pembangunnya berkongsi mengatakan mereka kini dalam persediaan untuk mula menawarkan audiobook melalui perkhidmatan mereka.

AudioBook adalah salah satu bentuk buku digital, dimana selain hanya menawarkan teks semata-mata, ia turut didatangkan dengan sokongan audio, membolehkan pembaca mendengar teks melaluinya.

OokBee - StartupAsia

Buat masa ini, di Malaysia, Ookbee telah sedia menawarkan perkhidmatan mereka dan dikatakan mempunyai lebih daripada 100,000 pengguna buat masa ini. Selain daripada itu, platform OokBee juga turut digunakan oleh Karangkraf untuk eMall dan juga turut digunakan oleh Penerbitan Pelangi.

Tiada tarikh pasti yang diberikan buat masa ini oleh pihak Ookbee berkenaan bilakah sokongan audiobook ini akan diperkenalkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami