Vertu Ti merupakan telefon pintar Vertu pertama yang menggunakan sistem operasi Android. Setelah diperkenalkan pada awal tahun ini, kini pengguna tempatan sudah boleh mendapatkannya pada harga bermula RM34,500 di pasaran Malaysia.
Vertu Ti menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, skrin bersaiz 3.7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, dan turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.
Titanium Black Leather | RM34.5K |
Titanium Pure Black | RM41.2K |
Black PVD Titanium Red Gold | RM73K |
Semestinya, salah satu sokongan menarik pada Vertu Ti adalah Vertu Key, dimana menawarkan perkhidmatan concierge – membolehkan pengguna mendapat bantuan 24 jam sehari dengan hanya menekan satu butang sahaja. Peranti ini turut didatangkan dengan sokongan Vertu Certainty yang melindungi peranti dan juga data-data didalamnya.
Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memilih daripada beberapa jenis yang disediakan, dimana ditawarkan di Malaysia dari harga permulaan RM34,500 sehinggalah kepada RM73,000.