BBM Music sebelum ini telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2011 yang lepas, dan kini dengan fokus pada BlackBerry 10, pihak BlackBerry mengumumkan yang mana mereka kaan mematikan perkhidmatan tersebut pada 2 Jun kelak.
Sebelum ini, BBM Music diperkenalkan dengan konsep langganan, dimana mengenakan caj sebanyak $4.99 untuk 50 lagu. Menariknya, ia mengintegrasikan sokongan sosial BBM, membolehkan anda mengakses 50 lagu rakan-rakan anda pada masa yang sama.
Namun, memandangkan perkhidmatan ini tidak diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia, mungkin tidak memberikan sebarang kesan kepada pengguna tempatan.