Facebook Memperkenalkan Facebook Home – Launcher Untuk Android

Facebook Memperkenalkan Facebook Home – Launcher Untuk Android

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

Fokus pada orang, bukan pada aplikasiFacebook hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Facebook Home yang diperkatakan sejak beberapa minggu lepas. Facebook Home diperkenalkan sebagai sebuah launcher untuk Android, dan bakal ditawarkan melalui Google Play Store bermula minggu hadapan – 12 Mei.

Facebook Home - Zuckeberg

Melalui Home, Facebook mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada orang, dan bukannya kepada aplikasi seperti kebanyakkan peranti sedia ada hari ini. Beberapa fungsi disertakan pada Facebook Home, dimana termasuk Cover Feed, Chat Heads, Notifikasi, dan beberapa yang lain.

Cover Feed merupakan skrin utama pada Facebook Home, membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai kemaskini daripada rakan-rakan mereka, dimana pada masa yang sama membolehkan pengguna meninggalkan komen atau “Like” sesuatu gambar dengan mudah.

Melaluinya, Facebook mengatakan ia memudahkan lagi pengguna mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka di Facebook.

Facebook Home

Facebook Home

Chat Heads pula memfokuskan kepada permesejan, membolehkan pengguna mengikuti dan membalas sesuatu mesej dengan mudah, walaupun ketika mengikuti dan menggunakan aplikasi lain.

Notifikasi juga diberikan perhatian pada Facebook Home ini, dimana berbanding hanya memperlihatkan ikon aplikasi, melalui penggunaan Facebook Home, ia membolehkan pengguna untuk melihat gambar dari siapakah sesuatu mesej atau notifikasi itu hadir, sekaligus memudahkan anda mengetahui sama ada ia penting atau sebaliknya untuk dibalas ketika itu.

Facebook Home

Facebook Home bakal diperkenalkan dan ditawarkan melalui Google Play Store pada 12 April ini, dan untuk permulaan, ia akan dioptimasikan untuk HTC One X, HTC One X+, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Note 2.


TIPS & ULASAN