Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman Facebook Home, pihak HTC turut sama berkongsi pentas dalam mengumumkan berkenaan dengan peranti pertama yang didatangkan dengan antaramuka Facebook Home, iaitu HTC First.

HTC First

HTC First dilancarkan secara eksklusif bersama pihak AT&T, iaitu salah satu syarikat telekomunikasi di Amerika. Perkara ini menjadikan kami tertanya-tanya sama ada ia akan dilancarkan di pasaran tempatan ataupun tidak, dan sekiranya ya, mungkin akan hadir dalam variasi nama yang berbeza.

HTC First

HTC First menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Qualcomm Snapdragon 400, skrin bersaiz 4.3-inci, dan menggunakan Android 4.1 Jelly Bean bersama-sama Facebook Home. Peranti ini bakal ditawarkan dalam lebih 4 variasi warna berbeza, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd