Facebook Home Akan Hadir Ke Tablet Dalam Beberapa Bulan Lagi

Facebook Home Akan Hadir Ke Tablet Dalam Beberapa Bulan Lagi

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

Dengan pengumuman Facebook Home hari ini, ia lebih memfokuskan kepada telefon pintar Android. Tetapi, bercakap mengenai perancangan untuk tablet, pihak Facebook mengatakan ia akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi.

Facebook Home Tablet

Perkara ini mungkin kerana masa yang diambil oleh pihak Facebook untuk mengoptimasikan Facebook Home untuk telefon mudah-alih terlebih dahulu, sebelum memperkenalkannya untuk tablet.

Pada tablet, mungkin terdapat beberapa perubahan dari segi paparan, tetapi masih mengekalkan Cover Feed yang memaparkan gambar dengan status pengguna pada bahagian utama.

Facebook Home akan mula diperkenalkan melalui Google Play Store pada 12 April kelak, dan ketika pelancaran, beberapa peranti HTC dan Samsung akan disokong, sebelum ia diperluaskan kepada pelbagai peranti lain.


TIPS & ULASAN